Tuesday, April 28, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI...PART 8

jam di dinding menunjukkan ke angka 2.30 petang...ku bermonolog sendirian.."dah 2.30 ni,tapi sorang pun x de yg dtg kat dataran..jadi ke tak ni.."ku melihat adik beradik angkat ku zah dan nida sedang lena dibuai mimpi.."agaknya dah sampai mane la korang nio belayar ea..."jam hampir ke 2.45 petang,ke kejutkan mereka dari tidur..zah berkata kepadaku.."ika,x de yang dtg lg ke.."ku menjawab,"ntah la zah..tgk kosong je dataran tu..diorang ni jadi ke x ni..."nida yang dari tadi menyepikan diri terus berkata "kita g lmbt skit la...lgpun dataran tu bukan jauh sgt pun dari rumah.." memang benar kata nida itu..jarak antara rumah kami ke dataran hanya memisahkan sebuah rumah sahaja...belum sempat aku menjawab kata2 nida,telefonku berbunyi..ku melihat nama yang tertera di skrin telefon..ketua ku sudah memanggil rupanya..selapas berbualdi telefon,ku mengajak mereka ke dataran..

sesampai sahaja di dataran,ku melihat hanya beberapa orang peserta sahaja yang sedang berteduh di bawah khemah...ku bertanya kepada hafiz ketuaku..."mane yang kate dah ramai sgt tadi..ingatkan dah ade semua la tadi..ko ni wat saspen je la.."hafiz berkata.."dah ko lambat sgt,aku call je la...yang lain aku x tau kat mane..lambat la diorang ni..." kira2 jam 3.30 petang,barulah kelibat peserta2 yang lain sampai..tanpa berlengah lagi,kami memulakan latihan akhir untuk persembahan pada malam ini...kami dibahagi kepada dua kumpulan.iaitu kumpulan yang akan mempersembahkan lakonan dan juga zikir munajat..aku ditugaskan untuk memegang watak utama dalam lakonan tersebut..untuk latihan lakonan kami membuat latihan di dalam dewan serbaguna manakala untuk zikir munajat pula latihan di adakan di sekitar dataran...

suasana didalam dewan itu cukup gamat dengan gelak tawa peserta2 yang berkumpul disitu..walaupun ia hanya sekadar latihan,tetapi ia cukup memenatkan bagi diri ku...kerana sebelum ini,belum pernah lagi aku melakonkan watak seorang gadis yang pemalu...ketika latihan sedang dijalankan,terdengar suara salah seorang peserta bertanya kepada hafiz..."fiz,pe kata kita rombak balik watak2 ni...aku rase watak tunang milah ni kene tukar la..kang ade lak yang perang dunia..."hafiz mendengar cadangan itu lalu berkata, "camni la...watak tunang milah ni aku nak mirul yang pegang..pastu wan dgn nazri,ko jadi org kampung..."aku yang sedang berdiri di belakang pintu hanya memandang dengan hati yang geram...masakan tidak,sudah separuh latihan dibuat,watak utama masih lagi bertukar ganti...ku berkata sendirian,"banyak betul nak jadi tunang milah ni..erm..tak sangka pulak budak ni jadi tunang aku..hehe..layan je la..." setelah kata sepakat dicapai,kami pun memulakan semula latihan...hampir separuh latihan berlangsung,seseorang bersuara.."wei hafiz,aku tgk ko sesuai ar jadi watak mak jang ni..ko cuba tgk video yg aku rakam ni..pe kata ko je yg bwk watak mak jang...aku ingt watak milah pun tukar la...bagi kat syahir..."

keadaan pada ketika itu agak tegang dengan cadangan yang diberikan..syahir berasa tidak puas hati berkata "eh,tak kan la aku yang nak pegang watak milah kot...biar la watak milah tu kekal...aku ni yang berjanggut nak pegang watak milah la...tak sanggup la aku"dengan keadaan yang marah,syahir terus beredar meninggalkan dewan itu...suasana agak sepi seketika..aku melihat shiela yang memegang watak asal mak jang juga berasa tidak puas hati..tetapi didiamkan sahaja...latihan pada petang itu ditangguhkan seketika untuk hafiz membuat keputusan terakhir.....kira2 15 minit berlalu,barula hafiz dapat membuat keputusan lalu berkata..."aku dah wat keputusan,aku akn pegang watak mak jang dan watak2 yang lain tak berubah...ok,sekarang aku nak korang wat latihan penuh..tak de benti2 lgdah..kita takcukup masa..ni pun dah lewat petang..."tanpa berlengah lagi,kami pun terus membuat latihan penuh untuk persembahan malam ini..."ok..semua latihan dah selesai..malam ni jam 8 korang sume dah ade kat dataran tau..kite wat final reheasal kat atas pentas..."hafiz berkata..setelah segalanya selesai,kami diarahkan untuk ke dataran bagi mengambil baju T untuk dipakai pada majlis penutupan keesokkan harinya...

setelah sampai di rumah,aku membuat persediaan untuk persembahan malam ini...aku cuba untuk menghayati watak yang diberikan...usai solat maghrib,kami bersiap untuk ke dataran..pada malam itu semua keluarga yang terlibat,harus ikut serta ke dataran bagi menjayakn malam persembahan...setelah bersiap,ibu menghampiri kami dan mengatakan bahawa ayah akan lewat pulang dari kerja,jadi ibu meminta kami pergi dahulu ke dataran...

sesampai sahaja di dataran......

to be continued......

No comments:

Post a Comment