Tuesday, April 28, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI...PART 8

jam di dinding menunjukkan ke angka 2.30 petang...ku bermonolog sendirian.."dah 2.30 ni,tapi sorang pun x de yg dtg kat dataran..jadi ke tak ni.."ku melihat adik beradik angkat ku zah dan nida sedang lena dibuai mimpi.."agaknya dah sampai mane la korang nio belayar ea..."jam hampir ke 2.45 petang,ke kejutkan mereka dari tidur..zah berkata kepadaku.."ika,x de yang dtg lg ke.."ku menjawab,"ntah la zah..tgk kosong je dataran tu..diorang ni jadi ke x ni..."nida yang dari tadi menyepikan diri terus berkata "kita g lmbt skit la...lgpun dataran tu bukan jauh sgt pun dari rumah.." memang benar kata nida itu..jarak antara rumah kami ke dataran hanya memisahkan sebuah rumah sahaja...belum sempat aku menjawab kata2 nida,telefonku berbunyi..ku melihat nama yang tertera di skrin telefon..ketua ku sudah memanggil rupanya..selapas berbualdi telefon,ku mengajak mereka ke dataran..

sesampai sahaja di dataran,ku melihat hanya beberapa orang peserta sahaja yang sedang berteduh di bawah khemah...ku bertanya kepada hafiz ketuaku..."mane yang kate dah ramai sgt tadi..ingatkan dah ade semua la tadi..ko ni wat saspen je la.."hafiz berkata.."dah ko lambat sgt,aku call je la...yang lain aku x tau kat mane..lambat la diorang ni..." kira2 jam 3.30 petang,barulah kelibat peserta2 yang lain sampai..tanpa berlengah lagi,kami memulakan latihan akhir untuk persembahan pada malam ini...kami dibahagi kepada dua kumpulan.iaitu kumpulan yang akan mempersembahkan lakonan dan juga zikir munajat..aku ditugaskan untuk memegang watak utama dalam lakonan tersebut..untuk latihan lakonan kami membuat latihan di dalam dewan serbaguna manakala untuk zikir munajat pula latihan di adakan di sekitar dataran...

suasana didalam dewan itu cukup gamat dengan gelak tawa peserta2 yang berkumpul disitu..walaupun ia hanya sekadar latihan,tetapi ia cukup memenatkan bagi diri ku...kerana sebelum ini,belum pernah lagi aku melakonkan watak seorang gadis yang pemalu...ketika latihan sedang dijalankan,terdengar suara salah seorang peserta bertanya kepada hafiz..."fiz,pe kata kita rombak balik watak2 ni...aku rase watak tunang milah ni kene tukar la..kang ade lak yang perang dunia..."hafiz mendengar cadangan itu lalu berkata, "camni la...watak tunang milah ni aku nak mirul yang pegang..pastu wan dgn nazri,ko jadi org kampung..."aku yang sedang berdiri di belakang pintu hanya memandang dengan hati yang geram...masakan tidak,sudah separuh latihan dibuat,watak utama masih lagi bertukar ganti...ku berkata sendirian,"banyak betul nak jadi tunang milah ni..erm..tak sangka pulak budak ni jadi tunang aku..hehe..layan je la..." setelah kata sepakat dicapai,kami pun memulakan semula latihan...hampir separuh latihan berlangsung,seseorang bersuara.."wei hafiz,aku tgk ko sesuai ar jadi watak mak jang ni..ko cuba tgk video yg aku rakam ni..pe kata ko je yg bwk watak mak jang...aku ingt watak milah pun tukar la...bagi kat syahir..."

keadaan pada ketika itu agak tegang dengan cadangan yang diberikan..syahir berasa tidak puas hati berkata "eh,tak kan la aku yang nak pegang watak milah kot...biar la watak milah tu kekal...aku ni yang berjanggut nak pegang watak milah la...tak sanggup la aku"dengan keadaan yang marah,syahir terus beredar meninggalkan dewan itu...suasana agak sepi seketika..aku melihat shiela yang memegang watak asal mak jang juga berasa tidak puas hati..tetapi didiamkan sahaja...latihan pada petang itu ditangguhkan seketika untuk hafiz membuat keputusan terakhir.....kira2 15 minit berlalu,barula hafiz dapat membuat keputusan lalu berkata..."aku dah wat keputusan,aku akn pegang watak mak jang dan watak2 yang lain tak berubah...ok,sekarang aku nak korang wat latihan penuh..tak de benti2 lgdah..kita takcukup masa..ni pun dah lewat petang..."tanpa berlengah lagi,kami pun terus membuat latihan penuh untuk persembahan malam ini..."ok..semua latihan dah selesai..malam ni jam 8 korang sume dah ade kat dataran tau..kite wat final reheasal kat atas pentas..."hafiz berkata..setelah segalanya selesai,kami diarahkan untuk ke dataran bagi mengambil baju T untuk dipakai pada majlis penutupan keesokkan harinya...

setelah sampai di rumah,aku membuat persediaan untuk persembahan malam ini...aku cuba untuk menghayati watak yang diberikan...usai solat maghrib,kami bersiap untuk ke dataran..pada malam itu semua keluarga yang terlibat,harus ikut serta ke dataran bagi menjayakn malam persembahan...setelah bersiap,ibu menghampiri kami dan mengatakan bahawa ayah akan lewat pulang dari kerja,jadi ibu meminta kami pergi dahulu ke dataran...

sesampai sahaja di dataran......

to be continued......

Sunday, April 26, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI.....PART 7

pada pagi itu ade di antara kami yang diarahkan untuk membersihkan dewan serbaguna dan juga surau yang berhampiran..ade juga yang mencantas pokok2 dan juga membersihkan dataran...pada ketika itu juga aku ditugaskan untuk menyediakn makan tengah hari..aku pn memulakan tugas dengan memotong bawang dan segala bahan mentah yang telah disediakan..dalam pada waktu yang sama, peseta lelaki sedang mencantas poko disepanjang deretan jalan menghala ke chuah...pada waktu itu berlakunya indisen yang menyayat hati,dimana seekor tupai jatuh dan digilis oelh sebuah kereta..benarlah bak kata pepatah..sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua...berbalik pada gotong-royong tadi,setelah selesai mencantas pokok,paserta lelaki bergegas pula ke hujung kampung untuk mengecat tembok persimpangan kampung pachitan..

suasana di dataran pachitan kelihatan begitu sibuk dengan gelagat org2 kampung dan juga peserta2 program anak angkat yang sedang menjalankan tugas masing2..ku lihat org2 kampung disini semuanya ringan tulang belaka..walaupun ada diantara mereka yang tidak mengambil bahagian dalam program ini,mereka juga dengan senang hati membantu kami untuk menyediakan juadah untuk tengah hari....sedang kami asyik menjalankan tugas masing2,tiba2 hujan turun dengan lebatnya...mujurlah pada ketika hujan turun kebumi,peserta lelaki telah pun selesai dengan tugas mereka...dengan keadaan hujan yang lebat,tiada apa yang dapat dilakukan mereka pada ketika ini selain berteduh dibawah khemah sambil melihat peserta perempuan menyediakan hidangan...

jam hampir ke 1 petang, barulah hidangan tengah hari disajikan,dan makan beramai-ramai bersama org2 kampung...pada ketika itu juga hafiz datang membawa liputan.."mintak perhatian kejap,pasni dalam kol 2.30 sape2 yg terlibat dalam persembahan malam ni berkumpul kat dewan ea...saya nak wat reheasal skit"..katanya..kami pun mendengar sambil menjamu selera..kira2 jam 1.30 petang,aku dan ibu ku pulang ke rumah untuk berehat dan menunaikan solat zohor..begitu juga dengan peserta2 yang lain,mereka pulang ke rumah setelah kesemuanya selesai...

nak continue lagi la..rehat dulu...hehehe...

Saturday, April 25, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI PART 6

Apabila semua peserta sudah berkumpul di hadapan,ketua program kami membuat satu pengumuman."erm,pada malam esok,kita akan adakan satu persembahan ye bagi menghargai orang kampung pachitan diatas kesudian mereka menerima kami semua sebagai anak angkat diorang" katanya..ketua kami telah memilih satu lagu yang bertajuk "apo kono eh jang" sebagai tajuk bagi persembahan kitorang yang bakal diadakan malam keesokanya.dan pada malam itu juga satu pemilihan telah dibuat bagi menjayakan malam persembahan tersebut.beberapa watak diwujudkan bagi mengambarkan tajuk lagu tersebut.diantaranya ada watak jang,milah,emak kepada jang dan juga tunang kepada si milah.satu pemilihan secara rawak telah dibuat dan ada juga peserta yang tidak mahu membawakan watak tersebut.mungkin juga kerana malu.

selain daripada persembahan lakonan,ketua kami juga memberitahu akan mengadakan nasyid dan juga zikir munajat.segala perancangan dibuat pada malam itu agar pada malam keesokanya tiada sebarang kesilapan berlaku.setelah semuanya selesai pada malam itu,semua peserta pulang bersama keluarga angkat masing-masing untuk beristirehat setelah penat seharian menjalankan aktiviti..

pada malam tersebut,aku menikmati tidur yang cukup lena.mungki akibat terlalu penat.waktu tidurku terasa bagaikan sekejap sahaja dan apabila ku tersedar,matahari telah menerbitkan wajahnya..pada pagi tersebut semua peserta diminta berkumpul di dataran kampung Pachitan bagi aktiviti gotong royong.setelah selesai menikmati sarapan pagi bersama keluarga angkat,aku bergerak menuju dataran Pachitan..setelah sampai di situ kami telah di bahagikan tugas masing-masing mengikut kumpulan..nak tahu ape tugas yang kami dapat?,,hehehe...tunggu pada part yang akan datang....continue lagi daa....

Thursday, April 23, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI.....PART 5

setelah semuanya berkumpul di padang itu,paklong selaku pengaracara majlis mula menjalankan tugasnya pada petang itu dengan membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. "ok..sekarang ni paklong nak korang sume wat 1 barisan panjang.."kata paklong.kami mula bergerak dan membentuk satu barisan panjang yang dikehendakinya."dari kanan paklong kira 1 sampai 4 bergilir2..lepas tu ikut nombor msg2 da duduk dalam kumpulan tu"kata paklong lagi..setelah semuanya mendapat kumpulan masing2,acara pun bermula dengan permainan boling padang. permainan ini dimainkan dengan membaling buah kelapa ke arah deretan botol yang tersusun dihadapan..kami semua berasa seronok pada petang itu. ada juga dikalangan kami yang tidak pernah melihat atau bermain permainan traditional ini. selain dari permainan boling padang, kami juga sempat bermain tarik upih,tolak kereta sorong,tiup belon sampai pecah dan juga baling belon beracun..keseronokan petang itu tidak dapat digambarkan dengan kata2..(ayat maverlos gile....)

hampir jam 6 petang,barulah kami bersurai pulang ke rumah masing2..tapi pada petang itu, aku dan adik2 angkatku tidak terus pulang ke rumah,tetapi kami mengambil kesempatan untuk meronda2 di sekitar kampung pachitan. memang mendamaikan apabila berada di kawasan kampung..suasananya yang tenang dapat mententeramkan jiwa yang kacau bilau..jam 7 petang barulah aku dan adik2ku pulang kerumah...

sebelah malamnya pula,selepas usai solat jemaah bersama2 penduduk kampung,kami berkumpul semula di dataran untuk mendengar sedikit taklimat dan ceramah yang dijemput khas oleh orang kampung..walaupun kami semua penat bermain pada petang itu,kami tidak berputus asa untuk hadir bersama mendengar taklimat tersebut..selepas segalanya selesai,kami dijamu dengan minuman malam..dalam pada sedang menikmati hidangan,terdengar suara ketua kami membuat penguguman..."asalamualaikum...lepas makan ni diminta semua peserta berkumpul di hadapan pentas ea..ade sikit perbincangan untuk acara malam persembahan..terima kasih.."katanya..

kami semua bergerak menuju ke pentas utama untuk mendengar perbingcangan tersebut....

apa yang dibincangkan tu ea??nantila...tunggu...continue lagi..

Wednesday, April 22, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI.....PART 4

keesokkan harinya pula,aktiviti baru menanti kami..pada pagi ini,semua peserta diminta utk ke sekolah rendah disana. kami diberi amanat utk memberi motivasi kepada pelajar yang akan menduduki UPSR.pada pagi itu, ibu menghantar kami ke sana...(peserta yamg lain pn cmtu jgk la...kot..)ketika kami sampai disana, kami disambut baik oleh guru2 tahun enam..hafiz selaku ketua kami memulakan majlis sebelum pelajar2 ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan utk bersama dgn para fasilitator.

setelah hampir jam 12 tengah hari,majlis pun bersurai dan kami dibawa ke kantin sekolah untuk menjamu selera. pada ketika ini pelajar2 mengambil peluang untuk meminta tandatangan dan kata2 semangat dari fasilitator mereka. tidak ku sangka dalam ramai2 pelajar yang datang kepadaku, salah seorang daripada mereka merupakan adik angkatku sendiri..(termalu sekejap..hehehe)

ketika dalam perjalanan pulang kerumah, ibu mengajak kami ke jeti di chuah..kata ibu pada waktu begini tidak ramai yang berada di jeti. manakan tidak..jam sebegini sudah tentu para muslimin sedang bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan solat jumaat. kami pun mengambil kesempatan yang ada untuk bergambar di jeti berkenaan.setelah penat,ditambahkan lagi dengan cuaca yang panas terik, kami pun pulang ke rumah...
pada sebelah petang pula,aktiviti sukanneka akan diadakan..seperti biasa, ibu menghantar kami di sana..(tak ingat la nama tempat tu apa..)

nak tau ape permainan yang diadakan???? continued.....

Friday, April 10, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI.....PART 3

jam 7 ptg,semua peserta berkumpul di surau yang berhampiran untuk menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah..sementara menunggu azan isyak,kami beramai2 membaca surah yasin..usai segala perkara di surau,kami semua bergerak pula ke dataran pachitan untuk program seterusnya..pada malam itu,aktiviti yang dijalankan adalah ceramah dan juga pemberian cenderahati kepada pelajar2 cemerlang di kampung itu dan juga sedikit cenderahati kepada bakal2 jemaah haji yang akan ke tanah suci..kira2 jam 9 mlm,kami dijamu dengan hidangan yang disediakan sebelum aktiviti suai kenal dijalankan..

jam 10 mlm (men agak2 je ni..hehe)pak long selaku pengacara majlis (skrg ni pak long da x de..al-fatihah)mendahulukan majlis dengan memperkenalkan semua ajk yang terlibat sepanjang program ini berlangsung..dari situ lah aku dapat mengenali org2 kampung dengan lebih dekat lagi..mereka ini semua peramah dan senang mesra dengan kami...bagusnye...setelah itu sesi suai kenal bersama keluarga angkat pun bermula..dari sesi ini lah aku mengenali siapa pemilik nama yang aku cari sebelum ini..dalam hatiku berkata,"laa..budak ni ke..nape xpnh nmpk pun sblm ni..)ketika suai kenal ini berlangsung,boleh dikatakan hampir semua peserta telah aku kenali..(sebelum ni,x kenal pun diorg..)

kira2 jam 12 tgh mlm,majlis pun bersurai dan aktiviti bebas bersama keluarga dijalankan..pada waktu itu,keluarga ku merancang untuk pergi berjalan2..tp malangnya..adik2ku semua terlena..jadi,terpaksa lah kami menunda rancangan ini...

continue lagi..

Thursday, April 9, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI.....PART 2

setibanya di tempat menunggu,aku melihat ramai peserta yang sedang menanti ketibaan bas.aku difahamkan bas ke PD akan bertolak pada pukul 2 ptg..sambil menunggu bas,kami sempat mengambil gambar sebagai tanda kenangan..jam menunjukkan hampir ke 2 ptg..en hashim selaku pemantau kami memberi arahan supaya menandatangani kedatangan sebelum menaiki bas...aku menuruti segala yang di arahkan dan terus menaiki bas yang sedang menunggu di hadapan cafeteria...

dalam perjalanan ke KAMPUNG PACHITAN,PD,aku hanya memandang keluar jendela sambil memikirkan apa aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program selama 4 hari itu..aku juga terfikir siapa bakal menjadi keluarga angkatku dan bagaimana persepsi mereka bila ku berada bersama mereka...setelah hampir setengah jam perjalanan,kami semua berhenti di sebuah surau untuk menunaikan solat zohor..setelah usai solat,en.hashim dan ustaz suhaimi memberi sedikit taklimat dan pesanan kepada kami agar menjaga tatasusila dan nama baik pihak kolej..kami mendengar dengan penuh teliti..kemudian,kami menyambung semula perjalanan yang kian hampir ke destinasi..

tepat jam 3 petang,kami pun sampai di kampung pachitan..alangkah terkejutnya aku melihat penerimaan orang kampung dengan kedatangan kami..kami di sambut dengan paluan kompang,bunga manga,dan juga beras kunyit..aku tersenyum sendirian..dalam hatiku berkata,"macam nak sambut pengantin jer...hehehe"..kami berarak menuju ke dataran pachitan dimana disitu lah kami akan berkumpul sepanjang program ini..sementara menunggu ketibaan VVIP,kami dijamu dengan jeli kelapa yang menjadi makanan jawa disana..aku melihat peserta2 lelaki begitu teruja sehingga mereka tidak sedar yang mereka makan begitu banyak jeli kelapa..(hehehe...jangan mara ar...)setelah menjamu selera,tetamu VVIP pun sampai..kami mendengar taklimat yang diberikan oleh mereka juga serba sedikit latar belakang mengenai kampung pachitan ini..pada pengamatan aku,kampung ini tidak lah seperti kampung yang aku bayangkan...boleh dikatakan kampung ni moden la juga...setelah habis segala taklimat,penantian yang ditunggu telah tiba...kami diberi kepada keluarga angkat masing2...aku menanti dengan penuh debaran.."sapela family angkat aku ni...takutnye..."apabila namaku dipanggil,aku terus ke depan untuk berjumpa dengan keluarga angkatku..pada ketika itu aku melihat seorang wanita sedang menanti di hadapan.."ini rupanya ibuku..mudanyer..."aku bersalam dengan ibu angkatku,begitu juga dengan adik beradik angkatku yang lain..

setelah semua peserta diberi kepada keluarga angkat masing2,kami sekeluarga pulang ke rumah kerana pada sebelah malam pula ,ada lagi program yang menanti...

to be continue....

Wednesday, April 8, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI.....

dalam kisah ni,akan ku ceritakan bagaimana aku dan si dia bertemu..al kisahnya bermula.......

oktober 2008..akhirnya tiba..ketika cuti semester yang lepas,aku dikhabarkan pihak kolej akan mengadakan satu program anak angkat.aku begitu teruja untuk mengikuti program itu..satu hari,ketika aku dan temanku atul baru habis kelas,kami ke bahagian pentadbiran untuk melihat senarai nama program anak angkat.."weh,ari tu kite group mane ea?"atul berkata kepadaku."lau x slap aku,group lima.."ku menjawab..lalu,kami pun sama2 melihat senarai nama yang telah ditampal pada notice board.."aiseh..asal nama aku x de lak ni.."aku bermonolog sendirian.."tul,ko tgk ni,name aku x de la wei..ala..cemane ni..aku da semangat nk g..da la dpt kat PD lak tu.."aku bertanya kepada atul..kemudian atul berkata,"ko g ar masuk kat dlm,tnya kat ustz suhaimi"..aku pun menuruti kata temanku itu..kamimasuk ke dalam pejabat pentadbiran untuk berjumpa dgn ust suhaimi.."salam ust,nak tnye ni,nape name saya x de dlm senarai prgrm ank angkat ni?"aku bertanya kepada ustaz..lalu ustz menjawab,"awk daftar x ari tu?"lalu ku berkata,"of cos la saya daftar..ala ust,saya nk p prgrm tu.."ust pun menjawab,"nanti saya tnye kat bdk2 asasi..tp lau dpt kat tempat lain x pe kan?"aku termenung seketika..tempat lain?kalau aku dapat kat tempat lain,maknenye aku x same la ngan atul.."hmm...x nak la kat tempat lain ustz..saya nak kat PD jugak..bole la ea ustz.."ustz suhaimi hanya memandangku,lalu berkata "nanti saya tgk balik,pepehal,awk check la senarai nama tu minggu depan.."setelah berurusan dgn ust suhaimi,kami pun beredar pulang ke asrama...

minggu berikutnya aku sendirian ke bahagian pentadbiran untuk melihat senarai nama prgrm ank angkat.."hm...mane name ni.."aku melihat satu per satu name yang ada pada kumpulan lima..dalam pada aku melihat senarai nama tersebut,aku tertarik pada satu baris nama dalam kumpulan tersebut...WAN AMIRUL SHAZNI W.A.HALIM...ku bermonolog sendirian..sedapnye name ni...sape la empunye name ni..setelah pasti nama ku berada dalam kumpulan tersebut,aku terus beredar...

tanggal 6 november 2008...tarikh yang ditunggu dah tiba..semua pelajar ijazah begitu teruja untuk mengikuti program anak angkat..begitu juga dengan diri ku...ketika di asrama..."woi tul,ko x siap lagi ke???ko ni cpt la,kite da lambat ni..da la nak g bulatan tu skit punye jauh.."aku melihat atul sedang mengemas barang2 yg hendak di bawa ke program tersebut.."jap ar,aku nk check lu brg aku ni..tkt tertinggal..."setelah segala kelengkapan di simpan,aku dan atul mula bergerak ke bulatan di mana semua peserta harus menunggu di situ...

to be continue...