Wednesday, May 20, 2009

ADAKAH KAMI SEIRAS....

ramai yang kate kami ni seiras...ade jgk yang kate muke ika ni persis muke adik mirul...betul ke...mula2 tgk tu tak rase pun kami ni ade iras..tapi bile tgk lame2..erm...x tau la nk kate...tgk la sendiri..

10 CARA PIKAT HATI LELAKI...hehehe

nak tau tak cemane nak pikat hati lelaki...selalu kita dengar lelaki pikat perempuan..tak salah rasenye lau perempuan pikat lelaki..tapi kene la dengan cara yang betul..nanti tak pasal2 ade yang kate perigi cari timba pulak...so,jom check list kat bawah ni...mane tau ia berguna untuk korang...

1) jangan bandingkan si dia dengan lelaki yang pernah kamu kenali
2) lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang
3) menghormati dirinya, keluarga dan teman2 yang rapat dengannya
4) bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. lelaki tidak suka wanita yang terlalu kebudak2kan
5) ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan daripada seorang wanita
6) lelaki sukakan wanita yang bijak dan matang serta mudah diajak berbincang
7) lelaki sukakan wanita yang berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu
8) bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan
9) tidakmudahputus asa dan sentiasa berdiri diatas kaki sendiri tanpa mengaharapkan bantuan sesiapa
10) jangan terlalu OVER...nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu....


sumber daripada...:remaja.

WELCOME NEW SEMESTER.......

sekarang dah masuk semester baru....welcome back!!!!!result cemane ea.....not so good,not so bad..wat ever it is,atleast kite dah buat yg terbaik sepanjang semester lepas...dgn semester n semangat yg baru,we have to try and get a new result better than before...mane yg tak cukup time sem lepas,kite cuba dptkn utk sem ni...betul tak sayang.....

ape2 hal pun,nak wish SELAMAT BELAJAR BALIK N SELAMAT MENEMPUH SEMANGAT YANG BARU....

SAYANG...
kite same2 cuba dptkan yg terbaik utk sem ni ye....

Friday, May 8, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI.....LAST EPISODE

09 november.....hari terakhir kami semua berada di pachitan....hati mula tak keruan..rase tak sanggup untuk berpisah dengan keluarga angkat walaupun kami disini hanya menentap selama 4 hari sahaja...pagi itu aku bangun seawal 5.30 pagi..aku tidak dapat melelapkan mata walaupun aku kepenatan..aku bangun lalu mengemas barang2ku ke dalam beg..setelah itu,aku ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan seterusnya menunaikan solat subuh...mengikut pada aturcara yang telah ditetapkan,pada pagi ini akan diadakan picnic dan juga senam robik bersama keluarga dan penduduk kampung kampung..aku melihat ibu sedang tekun menyiapkan juadah untuk dibawa bersama...aku menghampiri ibu untuk membantu apa yang patut..tetapi ibu menghalang kerana katanya segalanya hampir selesai..tak mengapalah jika begitu..kata hatiku..lalu ku kembali semula ke bilik untuk melihat adik2 angkatku yang lain..mereka sedang mempersiapkan diri..

jam 7 pagi,kami bergerak ke kawasan lapang dimana tempat berkumpul untuk kami bersenam pada pagi itu..ketika sampai disitu,tidak ramai yang datang..mungkin masih awal lagi...aku dan keluarga memilih tempat yang teduh berhampiran dengan keluarga yang lain..kira jam 8.30 pagi,barulah senaman pagi dimulakan...paklong sekali lagi menjadi konduktor pada pagi itu dengan dimulakan beberapa regangan ringan..setelah itu paklong mengajar kami untuk membuat tarian poco2...memang melucukan melihat gelagat peserta2 yang tidak pernah melakukan tarian ini...mujur aku telah didedahkan dengan lebih awal mengenai tarian ini..sementara paklong mengajar peserta lelaki,aku dibelakang mengajar peserta wanita...cukup gamat suasana pagi itu..ada juga diantara peserta2 yang terpijak kaki rakan yang lain kerana tidak dapat mengikut rentak yang diajar....tarian poco2 mempunyai 10 jenis rentak yang berlainan yang harus dilakukan,tetapi pada pagi itu kami hanya sempat diajar 2 rentak sahaja..itu pun ada diantara kami yang masih lagi tidak cekap pada rentak yang pertama...

setelah penat berpoco2 bersama paklong,dia meminta kami berada dalam barisan panjang..pada ketika itu,paklong memeberi amanat yang terakhir kepada kami semua agar belajar rajin2 dan menjadi insan yang berjaya..pakalong juga ada mengajar kami lagu berkaitan dengan kolej kami dan juga kampung pachitan...lagu itu berbunyi..

"kolej islam nombor satu..moto kami adalah maju..bersama menuju kejayaan..
kolej islam dihatiku..pachitan oh kampungku..pachitan dihatiku..."
setelah itu kamibergerak ke tempat dimana keluarga kami berada dan menikmati sarapan yang dibawa bersama..kami berkongsi sarapan yang ada bersama ahli keluarga yang lain..ada juga yang sempat merakamkan gambar sebagai tanda kenangan pada pagi itu...di sini dapat ku lihat,penduduk pachitan begitu akrab antara satu sama lain walaupun jarak antara rumah ke rumah yang lain agak jauh..jam 10 pagi,kami semua bersurai untuk mempersiapkan diri untuk majlis penutup dan penyerahan kembali anak2 angkat...pada ketika aku sedang mengemas keperluanku,ku melihat adik angkatku merenung dari luar bilik...."akak,akak dah nak balik ke??bile akak nak datang sini lagi??kalau akak nak datang lagi,boleh main dengan zul lagi..."kata zul,adik angkat ku...tidak dinafikan kami agak rapat dengan zul berbanding dengan adik2 yang lain kerana dengan zul,kami banyak bercakap dan meluangkan masa bersama..malah ketika hari pertama kami menjejakkan kaki dirumah,zul lah yang menyambut kedatangan kami dengan kerenahnya yang bersahaja...aku mula berasa sayu melihat muka adik2 ku yang tidak ceria seperti selalu..tapi,apakan daya...kami harus pergi jua...

jam 12 tengah hari,kami semua berkumpul semula di dataran pachitan untuk memulakan majlis penutupan program anak angkat...majlis dimulakan dengan kata aluan dari pegawai port dickson, diikuti dengan kata aluan dan nasihat dari ketua kampung dan juga kata terima kasih dari encik hashim selaku penasihat kami,juga tidak lupa ucapan dari ketua kami hafiz...selepas segala ucapan berakhir,majlis penyerahan kembala anak angkat dimulakan...pada ketika ini aku menahan rasa sedihku dan juga menahan airmata ku dari menitis....aku melihat ibuku yang berada tidak jauh dari tempat duduk ku sedang menangis....ketika nama keluargaku dipanggil,aku memimpin ibu sambil bergerak kehadapan pentas..ketika ini lah airmata yang ku tahan dari dari menitis jua,kerana ibu yang keesakkan menahan tangis..aku memeluk ibu seeratnya seperti ibu tidak mahu melepaskan ku pergi....aku sempat berkata kepada ibu agar jangan menangis dan aku juga berjanji kepada ibu,bahawa aku akan datang kembali kesini....aku juga sempat eminta maaf kepada ibu dan ayah seandainya sepanjang aku menetap dirumah mereka,aku ada melakukan salah silap kepada mereka...ayah berpesan kepada kami walaupun kami hanya sekadar anak angkat mereka,tetapi tidak bermakna kami tidak boleh menetap lagi di rumah itu,kerana menurut ayah ,mereka sekeluarga telah menganggap kami seperti ahli keluarga sendiri...

jam 1 petang,kami diminta menaiki bas kerana bas akan bertolak pada bila2 masa...semasa aku sedang bersalaman dengan ibu,zul menghampiri ku dan berkata "kak ika..nanti datang lagi tau...ni zul ada belikan gula2 untuk akak..akak simpan la ea..zul tak tau nak bagi ape..zul tak de duit..ni pun zul mintak kat ayah duit nak pergi kedai tadi..."aku sekali lagi tidak dapat menahan sayu di hati...aku memeluk erat adikku itu...setelah itu aku bersalaman dengan semua ahli keluarga yang lain..memang susah untuk aku melepaskan mereka..tapi itu yang harus kulakukan kerana aku mempunyai tanggungjawab yang besar di kolej....aku menaiki bas sambil menutup muka ku dari dilihat oleh orang lain...agak malu juga kerana ketika aku menaiki bas,ada yang menegurku kerana mukaku merah menahan tangis...setelah berada ditempat dudukku,ku melihat keluargaku dari tingkap bas,sambil melambai kearah mereka....

bas mula bergerak meninggalkan kampung pachitan munuju ke bangi....sedang dalam perjalanan aku cuba menenangkan perasaanku...dan pada ketika itu aku terdengar suara dari belakang......"milah...nak nombor telefon bole????"katanya sambil menghulurkan telefon bimbitnya....seperti ada kuasa magnet,aku mengambil telefon itu dan menekan nomborku lalu ku kembalikan kepadanya...aku tidak melihat siapa gerangan tuan punya diri yang meminta nombor kepadaku...

tapi sekarang aku tahu,siapa yang sebelum ini meminta nomborku ketika dalam perjalanan pulang ke kolej.....dia....tunang milah...dan sekarang menjadi insan yang amat aku sayangi...ku berterima kasih kepada penduduk pachitan kerana mememukan ku dengan si dia...kerana segalanya bermula di sini...di kampung pachitan....TAMAT.....

Monday, May 4, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI.....PART 9

sesampai sahaja di dataran,ku lihat semua peserta yang terlibat untuk persembahan lakonan sudah berkumpul di hadapan pentas utama..begitu juga dengan para ibu bapa angkat kami yang sedang membuat persediaan akhir untuk malam kebudayaan ini..aku terus menuju di hadapan dewan untuk bertemu dengan yang lain...ku lihat hafiz sedang gelisah di atas pentas kerana ada peserta yang lewat pada malam itu..."ko pehal ni fiz?"ku berkata.."ni ha aku try call mirul,x angkat dari tadi..ntah mane die pegi ni..aku da ckp,pukul 8 sume berkumpul..."kata hafiz dengan nada yang marah sambil tangannya tidak lepas mendail numbor amirul.."die lambat skit kot..mane tau dia ade hal ngn family dia..rileks la..ko ni pun..ngelabah x bertempat la.."kataku untuk menyedapkan hatinya...

kira 10 minit kemudian,amirul pun sampai di hadapan dewan..sejurus melihat kelibat amirul,hafiz terus membebel..apa yang dibebelkan tidak dapat ku dengar kerana pada ketika itu aku sibuk mengambil gambar dengan adik angkatku.."ok semua,mane yang amik bahagian untuk lakonan mintak ade kat depan pentas..kita nak wat reheasal untuk kali terakhir..yang buat zikir munajat mintak berlatih dgn syahir ea..."kata hafiz memberi arahan..aku dan rakan2 yang lain menurut arahan yang diberi oleh hafiz..ketika berada di belakang pentas,aku mula merasa tidak tenteram...macam2 perasaan yang aku rasa pada ketika ini walaupun ianya hanya sekadar latihan akhir..setelah segala persiapan dibuat,kami pun memulakan latihan akhir dengan penuh semangat..setelah itu hafiz berkata,"saya rasa semuanya dah ok cuma milah,ko kene buat lebih lembut lagi dari sebelum ni..lau bole ko jgn berjalan kat depan pentas tau...yang lain hafiz rasa da ok dah..nanti wat leklok ea sume..best of luck.."

bagaimana aku nak jadi lebih lembut lagi..tak cukup lembut ke ape yang aku dah buat tadi..tak paham betul...ku mengomel sendirian di tepi pentas..sedang aku bersendirian tiba2 'tunang milah' menghampiriku lalu berkata.."ermm..milah,cemane nak bagi bunga ni?"ku memandangnya dengan muka yang hairan..biar betul dia ni...ku berkata dalam hati..."ala...buat cam org gentleman la...."kataku padanya.."ermm,nak jadi gentleman cemana milah?"katanya....adus...parah budak ni...."aik,tak kan nak jadi genteleman pun tak tau?tak kan tak penah kot???"ku berkata kepadanya...lalu dia menjawab.."tak penah pun"..alahai...apa harus ku lakukan???aku tidak dapat membantu 'tunang milah' ini untuk menjadi seorang yang gentleman..yang hanya dapat ku katakan padanya hanyalah..."buat je la mcm mane pun...janji menjadi.."

kira2 jam 9 malam,acara pun bermula...semua peserta di minta untuk berada bersama keluarga angkat mereka..acara dimulakan dengan perarakan membawa nasi ambang ke meja keluarga...pada ketika ini,semua lampu dipadamkan.hanya cahaya pelita yang dibawa anak2 kecil menyinari malam itu...ini kali pertama aku melihat perkara seumpama ini dan juga kali pertama aku diperkenalkan dengan nasi ambang..nasi ambang merupakan makanan jawa dimana nasi dan lauk-pauk disatukan didalam talam dan dimakan beralaskan daun pisang..setelah perarakan nasi ambang,acara diteruskan lagi dengan ucapan aluan dari paklong dan juga bacaan doa..setelah itu semua peserta dan keluarga yang berada di situ menjamu selera sambil diiringi dengan persembahan nyanyian oleh penduduk kampung pachitan....setelah beberapa lagu berkumandang,giliran peserta pula mengambil alih pentas utama. jaja mengambil alih tugas pengacara untuk mengendalikan persembahan kami...kami memulakan persembahan dengan lakonan yang diberi nama jang ohh jang...semua penonton bersorak apabila lagu berkumandang....ada juga diantara mereka yang tidak dapat menahan tawa melihat hafiz memegang watak mak kepada jang...memang gamat suasana di dataran pachitan pada malam itu...

setelah persembahan pertama kami selesai, pentas diambil alih kembali oleh penduduk kampung untuk acara yang seterusnya..penduduk kampuing disitu mempunyai bakat nyanyian dan bermain instrumen seperti kompang,gitar dan juga lain2 instrumen. memang meriah persembahan mereka pada malam itu...sebelum malam persembahan menutup tirai,peserta2 yang selebihnya memperdengarkan zikir munajat dan juga nyanyian nasyid beramai2...dalam perancangan kami,kami ingin melihat keluarga angkat kami menitiskan airmata pada malam itu tetapi sebaliknya yang berlaku...mereka bermain emosi dengan memberi kata2 yang amat puitis sehingga aku tidak dapat menahan airmata..diakhir persembahan,kami dikejutkan dengan meraikan ulang tahun perkahwinan paklong dan juga mereka yang lahir pada bulan november...

hampir jam 12 tengah malam,barulah malam kebudayaan menutup tirai..aku dan keluargaku tidak terus pulang kerumah,sebaliknya ayah membawa kami bersiar di sekitar port dickson dan juga membawa kami ke klia..kami pulang kerumah pada jam 3 pagi...pada hari itu merupakan kenangan yang tidak dapat kulupakan..ia membawa 1001 kemanisan dalam hidupku..sesampai dirumah,kami terus tidur kerana keletihan....

to be continued for the last episode...