09 november.....hari terakhir kami semua berada di pachitan....hati mula tak keruan..rase tak sanggup untuk berpisah dengan keluarga angkat walaupun kami disini hanya menentap selama 4 hari sahaja...pagi itu aku bangun seawal 5.30 pagi..aku tidak dapat melelapkan mata walaupun aku kepenatan..aku bangun lalu mengemas barang2ku ke dalam beg..setelah itu,aku ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan seterusnya menunaikan solat subuh...mengikut pada aturcara yang telah ditetapkan,pada pagi ini akan diadakan picnic dan juga senam robik bersama keluarga dan penduduk kampung kampung..aku melihat ibu sedang tekun menyiapkan juadah untuk dibawa bersama...aku menghampiri ibu untuk membantu apa yang patut..tetapi ibu menghalang kerana katanya segalanya hampir selesai..tak mengapalah jika begitu..kata hatiku..lalu ku kembali semula ke bilik untuk melihat adik2 angkatku yang lain..mereka sedang mempersiapkan diri..
jam 7 pagi,kami bergerak ke kawasan lapang dimana tempat berkumpul untuk kami bersenam pada pagi itu..ketika sampai disitu,tidak ramai yang datang..mungkin masih awal lagi...aku dan keluarga memilih tempat yang teduh berhampiran dengan keluarga yang lain..kira jam 8.30 pagi,barulah senaman pagi dimulakan...paklong sekali lagi menjadi konduktor pada pagi itu dengan dimulakan beberapa regangan ringan..setelah itu paklong mengajar kami untuk membuat tarian poco2...memang melucukan melihat gelagat peserta2 yang tidak pernah melakukan tarian ini...mujur aku telah didedahkan dengan lebih awal mengenai tarian ini..sementara paklong mengajar peserta lelaki,aku dibelakang mengajar peserta wanita...cukup gamat suasana pagi itu..ada juga diantara peserta2 yang terpijak kaki rakan yang lain kerana tidak dapat mengikut rentak yang diajar....tarian poco2 mempunyai 10 jenis rentak yang berlainan yang harus dilakukan,tetapi pada pagi itu kami hanya sempat diajar 2 rentak sahaja..itu pun ada diantara kami yang masih lagi tidak cekap pada rentak yang pertama...
setelah penat berpoco2 bersama paklong,dia meminta kami berada dalam barisan panjang..pada ketika itu,paklong memeberi amanat yang terakhir kepada kami semua agar belajar rajin2 dan menjadi insan yang berjaya..pakalong juga ada mengajar kami lagu berkaitan dengan kolej kami dan juga kampung pachitan...lagu itu berbunyi..
"kolej islam nombor satu..moto kami adalah maju..bersama menuju kejayaan..
kolej islam dihatiku..pachitan oh kampungku..pachitan dihatiku..."
setelah itu kamibergerak ke tempat dimana keluarga kami berada dan menikmati sarapan yang dibawa bersama..kami berkongsi sarapan yang ada bersama ahli keluarga yang lain..ada juga yang sempat merakamkan gambar sebagai tanda kenangan pada pagi itu...di sini dapat ku lihat,penduduk pachitan begitu akrab antara satu sama lain walaupun jarak antara rumah ke rumah yang lain agak jauh..jam 10 pagi,kami semua bersurai untuk mempersiapkan diri untuk majlis penutup dan penyerahan kembali anak2 angkat...pada ketika aku sedang mengemas keperluanku,ku melihat adik angkatku merenung dari luar bilik...."akak,akak dah nak balik ke??bile akak nak datang sini lagi??kalau akak nak datang lagi,boleh main dengan zul lagi..."kata zul,adik angkat ku...tidak dinafikan kami agak rapat dengan zul berbanding dengan adik2 yang lain kerana dengan zul,kami banyak bercakap dan meluangkan masa bersama..malah ketika hari pertama kami menjejakkan kaki dirumah,zul lah yang menyambut kedatangan kami dengan kerenahnya yang bersahaja...aku mula berasa sayu melihat muka adik2 ku yang tidak ceria seperti selalu..tapi,apakan daya...kami harus pergi jua...
jam 12 tengah hari,kami semua berkumpul semula di dataran pachitan untuk memulakan majlis penutupan program anak angkat...majlis dimulakan dengan kata aluan dari pegawai port dickson, diikuti dengan kata aluan dan nasihat dari ketua kampung dan juga kata terima kasih dari encik hashim selaku penasihat kami,juga tidak lupa ucapan dari ketua kami hafiz...selepas segala ucapan berakhir,majlis penyerahan kembala anak angkat dimulakan...pada ketika ini aku menahan rasa sedihku dan juga menahan airmata ku dari menitis....aku melihat ibuku yang berada tidak jauh dari tempat duduk ku sedang menangis....ketika nama keluargaku dipanggil,aku memimpin ibu sambil bergerak kehadapan pentas..ketika ini lah airmata yang ku tahan dari dari menitis jua,kerana ibu yang keesakkan menahan tangis..aku memeluk ibu seeratnya seperti ibu tidak mahu melepaskan ku pergi....aku sempat berkata kepada ibu agar jangan menangis dan aku juga berjanji kepada ibu,bahawa aku akan datang kembali kesini....aku juga sempat eminta maaf kepada ibu dan ayah seandainya sepanjang aku menetap dirumah mereka,aku ada melakukan salah silap kepada mereka...ayah berpesan kepada kami walaupun kami hanya sekadar anak angkat mereka,tetapi tidak bermakna kami tidak boleh menetap lagi di rumah itu,kerana menurut ayah ,mereka sekeluarga telah menganggap kami seperti ahli keluarga sendiri...
jam 1 petang,kami diminta menaiki bas kerana bas akan bertolak pada bila2 masa...semasa aku sedang bersalaman dengan ibu,zul menghampiri ku dan berkata "kak ika..nanti datang lagi tau...ni zul ada belikan gula2 untuk akak..akak simpan la ea..zul tak tau nak bagi ape..zul tak de duit..ni pun zul mintak kat ayah duit nak pergi kedai tadi..."aku sekali lagi tidak dapat menahan sayu di hati...aku memeluk erat adikku itu...setelah itu aku bersalaman dengan semua ahli keluarga yang lain..memang susah untuk aku melepaskan mereka..tapi itu yang harus kulakukan kerana aku mempunyai tanggungjawab yang besar di kolej....aku menaiki bas sambil menutup muka ku dari dilihat oleh orang lain...agak malu juga kerana ketika aku menaiki bas,ada yang menegurku kerana mukaku merah menahan tangis...setelah berada ditempat dudukku,ku melihat keluargaku dari tingkap bas,sambil melambai kearah mereka....
bas mula bergerak meninggalkan kampung pachitan munuju ke bangi....sedang dalam perjalanan aku cuba menenangkan perasaanku...dan pada ketika itu aku terdengar suara dari belakang......"milah...nak nombor telefon bole????"katanya sambil menghulurkan telefon bimbitnya....seperti ada kuasa magnet,aku mengambil telefon itu dan menekan nomborku lalu ku kembalikan kepadanya...aku tidak melihat siapa gerangan tuan punya diri yang meminta nombor kepadaku...
tapi sekarang aku tahu,siapa yang sebelum ini meminta nomborku ketika dalam perjalanan pulang ke kolej.....dia....tunang milah...dan sekarang menjadi insan yang amat aku sayangi...ku berterima kasih kepada penduduk pachitan kerana mememukan ku dengan si dia...kerana segalanya bermula di sini...di kampung pachitan....TAMAT.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waahhhh!!! mirul sgt berani..tabik springg laa kat mirul..hehehehe jg tikah leklok taw..(",) dia sgt2 syg kamu... korg kena write story sampai korg kawen taw.. aku tungguuuu!!!!!!!!!!
ReplyDeleteaku tmpg gmbire tgk korg bahagia...aku doakan korg hepi smpai bila2.. tiqah, thanks yaaaa... coz jd kwn aku..CYG KO!!!!!!!
ReplyDeletethis story so so so best sayang....love you so much!!!!
ReplyDelete