Saturday, April 25, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI PART 6

Apabila semua peserta sudah berkumpul di hadapan,ketua program kami membuat satu pengumuman."erm,pada malam esok,kita akan adakan satu persembahan ye bagi menghargai orang kampung pachitan diatas kesudian mereka menerima kami semua sebagai anak angkat diorang" katanya..ketua kami telah memilih satu lagu yang bertajuk "apo kono eh jang" sebagai tajuk bagi persembahan kitorang yang bakal diadakan malam keesokanya.dan pada malam itu juga satu pemilihan telah dibuat bagi menjayakan malam persembahan tersebut.beberapa watak diwujudkan bagi mengambarkan tajuk lagu tersebut.diantaranya ada watak jang,milah,emak kepada jang dan juga tunang kepada si milah.satu pemilihan secara rawak telah dibuat dan ada juga peserta yang tidak mahu membawakan watak tersebut.mungkin juga kerana malu.

selain daripada persembahan lakonan,ketua kami juga memberitahu akan mengadakan nasyid dan juga zikir munajat.segala perancangan dibuat pada malam itu agar pada malam keesokanya tiada sebarang kesilapan berlaku.setelah semuanya selesai pada malam itu,semua peserta pulang bersama keluarga angkat masing-masing untuk beristirehat setelah penat seharian menjalankan aktiviti..

pada malam tersebut,aku menikmati tidur yang cukup lena.mungki akibat terlalu penat.waktu tidurku terasa bagaikan sekejap sahaja dan apabila ku tersedar,matahari telah menerbitkan wajahnya..pada pagi tersebut semua peserta diminta berkumpul di dataran kampung Pachitan bagi aktiviti gotong royong.setelah selesai menikmati sarapan pagi bersama keluarga angkat,aku bergerak menuju dataran Pachitan..setelah sampai di situ kami telah di bahagikan tugas masing-masing mengikut kumpulan..nak tahu ape tugas yang kami dapat?,,hehehe...tunggu pada part yang akan datang....continue lagi daa....

No comments:

Post a Comment