Thursday, April 23, 2009

SEGALANYA BERMULA DISINI.....PART 5

setelah semuanya berkumpul di padang itu,paklong selaku pengaracara majlis mula menjalankan tugasnya pada petang itu dengan membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. "ok..sekarang ni paklong nak korang sume wat 1 barisan panjang.."kata paklong.kami mula bergerak dan membentuk satu barisan panjang yang dikehendakinya."dari kanan paklong kira 1 sampai 4 bergilir2..lepas tu ikut nombor msg2 da duduk dalam kumpulan tu"kata paklong lagi..setelah semuanya mendapat kumpulan masing2,acara pun bermula dengan permainan boling padang. permainan ini dimainkan dengan membaling buah kelapa ke arah deretan botol yang tersusun dihadapan..kami semua berasa seronok pada petang itu. ada juga dikalangan kami yang tidak pernah melihat atau bermain permainan traditional ini. selain dari permainan boling padang, kami juga sempat bermain tarik upih,tolak kereta sorong,tiup belon sampai pecah dan juga baling belon beracun..keseronokan petang itu tidak dapat digambarkan dengan kata2..(ayat maverlos gile....)

hampir jam 6 petang,barulah kami bersurai pulang ke rumah masing2..tapi pada petang itu, aku dan adik2 angkatku tidak terus pulang ke rumah,tetapi kami mengambil kesempatan untuk meronda2 di sekitar kampung pachitan. memang mendamaikan apabila berada di kawasan kampung..suasananya yang tenang dapat mententeramkan jiwa yang kacau bilau..jam 7 petang barulah aku dan adik2ku pulang kerumah...

sebelah malamnya pula,selepas usai solat jemaah bersama2 penduduk kampung,kami berkumpul semula di dataran untuk mendengar sedikit taklimat dan ceramah yang dijemput khas oleh orang kampung..walaupun kami semua penat bermain pada petang itu,kami tidak berputus asa untuk hadir bersama mendengar taklimat tersebut..selepas segalanya selesai,kami dijamu dengan minuman malam..dalam pada sedang menikmati hidangan,terdengar suara ketua kami membuat penguguman..."asalamualaikum...lepas makan ni diminta semua peserta berkumpul di hadapan pentas ea..ade sikit perbincangan untuk acara malam persembahan..terima kasih.."katanya..

kami semua bergerak menuju ke pentas utama untuk mendengar perbingcangan tersebut....

apa yang dibincangkan tu ea??nantila...tunggu...continue lagi..

No comments:

Post a Comment